Ahad, 24 Ogos 2014

CARA MUDAH SIMPAN EMAS DENGAN MODAL KECIL

Tak perlu modal besar untuk mulakan pelaburan emas. Kalau ada bajet sekitar RM200 sebulan pun dah boleh mula menyimpan emas. Bagi saya, yang penting mulakan dulu dengan modal kecil. Bila dah mula, baru cepat faham ilmu pelaburan emas. Bila dah mula, baru faham bila harga emas tinggi ataupun rendah. Selagi tak mula, kekadang nak explain pun susah. Lambat sikit faham berbanding orang yang dah bermula.

Sebelum melabur, saya memang syorkan simpan duit kecemasan dalam bentuk tunai (di bank) at least 3 bulan pendapatan

Tapi bagi siapa yang belum cukup 3 bulan pendapatan, beli dulu at least 1 dinar. Lepas tu baru cukupkan 3 bulan pendapatan. Mulakan dulu sebagai motivasi menyimpan emas dan kumpul harta.
Bagi yang nak mulakan pelaburan emas dengan modal kecil, mungkin anda boleh pertimbangkan salah satu daripada cara ni;


#1 – Beli Syiling Emas 1 Dinar

Item paling kecil yang Public Gold keluarkan setakat ni ialah syiling 1 dinar. Ia antara item terbaik untuk bermula. Kalau ada duit dalam RM600 pun dah boleh beli 1 dinar sekarang ni. 1 dinar tu emas berketulenan 91.6%, beratnya 4.25 gram.

Banyak jenis dinar yang ada di pasaran sekarang ni, tapi coin 1 dinar Public Gold yang terbaik buat masa ni sebab harga per gram lebih murah, dan susut nilainya cuma 6% i.e. terendah di Malaysia. Nak beli pun senang sebab Public Gold ada 18 cawangan seluruh Malaysia. 

Dan ada 7 lagi kelebihan kenapa saya syorkan Public Gold.



#2 – Beli Gold Bar 1 Gram

Bagi yang tak cukup bajet, boleh beli gold bar 1 gram. Harganya sekitar RM200 jer sekarang ni. Tapi Public Gold tak ada gold bar 1 gram. Item paling kecil yang dikeluarkan oleh Public Gold cuma coin 1 dinar (4.25 gram).

Setakat ni yang famous di Malaysia ialah gold bar 1 gram keluaran Gold Crest Pavilion (GCP) dan Gold Silver Resources (GSR). Mulakan dengan gold bar 1 gram pun boleh, tapi saya tak syorkan sebab kebanyakkan gold bar 1 gram, harga per gramnya mahal, dan susut nilainya tinggi. 

Kalau nak jual balik emas tu nanti, susut nilainya sekitar 20%! Lambat untung berbanding emas yang susut nilainya rendah. Melainkan anda beli emas untuk dijadikan ‘harta karun’, dan tak fikir langsung untuk jual, itu ok.


#3 – Beli 1 Dinar Secara Ansuran


Kalau bajet beli emas RM150 – RM200 sebulan, saya prefer beli syiling 1 dinar Public Gold secara ansuran. Cajnya cuma 0.5% atas harga belian atau minimum RM5. 


Boleh bayar ansuran selama 4 bulan (4 kali bayar). Bila dah habis bayar, baru boleh ambil emas di office Public Gold. Kalau habis bayar awal, boleh ambil emas tu lebih awal. Tak perlu tunggu 4 bulan.


Saya prefer syiling 1 dinar Public Gold berbanding gold bar 1 gram sebab harga per gram lebih murah, susut nilainya juga jauh lebih rendah. 

Maksudnya, syiling 1 dinar Public Gold jauh lebih untung berbanding gold bar 1 gram.

jadual pembelian emas public gold ansuran EPPContoh jadual pembayaran 1 dinar PG. Harga semasa RM577 + RM5 caj admin.

Boleh ke beli emas secara ansuran? Sebelum beli secara ansuran, baca penjelasan dalam artikel 



#4 – Kumpul 10 Dirham (Silver), Tukar Kepada Emas


Siapa tak nak beli secara ansuran, tapi nak beli dengan bajet dalam RM100 sebulan, boleh juga kumpul syiling 10 dirham (silver). Sebulan beli beli sekeping. Cukup 6 keping 10 dirham, jual kesemua syiling 10 dirham tu dan beli satu syiling 1 dinar.

Kaedah ni agak merugikan dari sudut kira-kira, tapi sesetengah orang, rugi begini lebih baik berbanding duit tu habis dibelanjakan sebab susah disiplinkan diri menyimpan wang
Susut nilai silver lebih tinggi dari emas. 10 dirham susut nilainya 16%, dan ada caj tambahan yang Public Gold kenakan iaitu “caj transportation”. 
Itu caj belian luar Penang RM5 sekeping.

Cukup 6 keping coin 10 dirham (silver), tukar kepada 1 dinar emas.

Kalau nak kurangkan kerugian bila jual coin 10 dirham tu, cuba jual kepada kenalan terdekat yang belum pernah simpan silver. Jual pada harga diskaun. Kaedah tu dua-dua pihak untung. Anda untung sebab jimat susut nilai, pembeli tu pun untung sebab dapat beli pada harga diskaun.
Mudah-mudahan dengan tips ni, semua orang boleh mulakan langkah pertama menyimpan emas. InsyaAllah.




HUKUM JUAL BELI EMAS SECARA ANSURAN

Isu penangguhan bayaran dan serahan barang ialah isu yang paling merisaukan pembeli emas untuk elakkan berlakunya riba. 

Dan isu ni memang merisaukan saya sejak hari pertama menjadi dealer emas Public Gold.

Bila saya meneliti, sebenarnya ada dua pendapat ulama’ tentang isu ini iaitu pendapat; 
(1) TAK MEMBENARKAN penangguhan, dan 
(2) MEMBENARKAN penangguhan

Sebelum saya mendapat penjelasan terperinci tentang pendapat kedua (membenarkan pengangguhan), saya berkeras dengan pendapat pertama dan menganggap mereka yang pakai pendapat kedua adalah salah! 

Itu disebabkan kejahilan saya… So, untuk bagi pencerahan tentang isu ini, di sini saya kongsikan ilmunya secara ringkas;

Pendapat #1 – Tak Membenarkan Penangguhan
Saya dah teliti Parameter Pelaburan Emas Majlis Fatwa Kebangsaan yang dikeluarkan pada bulan November 2011. 

Menurut majlis fatwa, emas pelaburan termasuk dalam kategori barang ribawi. Dan majlis fatwa berpendapat bahawa duit kertas (wang fiat) dikiaskan sebagai barang ribawi sebab fungsinya sama macam emas dan perak – sebagai medium pertukaran. 

Maka, pembayaran dan penyerahan barang perlu dilakukan on-the-spot, ataupun selewat-lewatnya dalam masa 3 hari.

Dalam konteks Public Gold, proses jual belinya melibatkan:
Lock harga / booking harga
PG keluarkan Sales Order
Bayaran melalui akaun bank
Makluman & mengesahkan bayaran
Ambil emas di cawangan PG

Apa yang saya faham, 
Sales Order tu adalah aqad JUAL, 
dan mengesahkan bayaran tu sebagai aqad BELI. 

Untuk pastikan urusniaga tak lebih 3 hari, saya syorkan anda contact dulu office Public Gold untuk mengesahkan stock di cawangan tersebut memang dah ready. 

Kalau dah ready, terus buat bayaran dan collect emas keesokan harinya. 
Maka tempoh bayaran & penyerahan barang berlaku dalam masa 3 hari dan ianya patuh syariah. 
Itulah yang saya buat dulu.

(Bagi yang pakai Pendapat #1, proses jual belinya agak memenatkan sebab kita terkejar-kejar untuk proses pembayaran dan pengambilan emas di cawangan PG)


Pendapat #2 – Membenarkan Penangguhan
Kekadang disebabkan beberapa kesulitan, kita tak dapat manage untuk pastikan tempoh pembayaran dan penyerahan emas berlaku dalam masa 3 hari. Selama 2 tahun saya jadi dealer, perkara ni selalu berlaku dan tak dapat dielakkan. 

Urusniaga melibatkan puluhan malahan ratusan ribu ringgit agak susah untuk pastikan ianya berlaku on-the-spot. 

Antara lain juga, ia disebabkan situasi berikut:
Stok di cawangan habis
Pembeli sedang outstation
Urusniaga dihujung minggu, PG tutup
Urusniaga telalu besar, pembayaran secara berperingkat
Pembeli tak sempat ambil emas pada hari bekerja

Dalam situasi macam ni, kita boleh berpegang pendapat kedua iaitu ulama yang berpendapat duit kertas bukan barang ribawi disebabkan pengeluaran duit kertas oleh mana-mana kerajaan di dunia tak lagi disandarkan kepada emas sejak 1971 (sila rujuk Fiat Money dan Nixon Shock di Wikipedia). Duit kertas sekarang ni memang tak ada kena mengena lagi dengan emas. 

Maka, penangguhan pembayaran dan penyerahan barang dibenarkan tak kira berapa hari sekalipun sebab duit kertas bukan barang ribawi. Pendapat kedua ini bahkan membenarkan emas & perak dibeli secara ansuran.



KELEBIHAN BISNES JUAL BELI EMAS

Ada ramai juga tanya macam mana nak buat bisnes emas, tapi saya cuma boleh syorkan bisnes emas ni bagi siapa yang ada MODAL besar. 

Pada asalnya, saya bukan nak berniaga emas. Saya jadi dealer sebab saya beli emas, bukan beli emas sebab nak jadi dealer. 

Daripada duit tu saya simpan di Tabung Haji yang untung cuma 5% setahun, lebih baik saya simpan emas yang untungnya 10% – 20% setahun!

Tapi bila saya ada ILMU pasal pelaburan emas, dan berkongsi dengan ramai kawan-kawan semata-mata untuk sebarkan ilmu secara personal, di blog dan di facebook, alhamdulillah, ramai orang datang nak beli emas melalui saya. So, nak tak nak, saya ‘terpaksa’ tolong orang lain melabur dalam emas a.k.a. berniaga emas. Dan sekarang, untung jual beli emas jauh melebihi untung simpan emas. Kalau untung simpan emas 20% setahun, untung jual beli emas lebih 20% sebulan! Alhamdulillah…

Apa yang saya nampak, ada 6 kelebihan bisnes emas ni iaitu;

Emas senang dijual

Tak perlu cari customer

Jual untung, tak jual pun untung

Jana pendapatan atas harta sedia ada

Harga emas turun, untung berganda!

Jual emas sendiri tanpa susut nilai (spread)




#1: Emas Senang Dijual


Emas ni memang senang dijual sebab ramai orang dah tahu emas tu bernilai. Asalkan kita dapat fahamkan orang keuntungan simpan emas disamping menyimpan di ASB, Tabung Haji ataupun unit trust, insyaAllah orang akan alihkan simpanan dan pelaburan mereka kepada emas.
Saya perhati, ramai orang yang kaya berduit hanya simpan duit mereka dalam Tabung Haji dan ASB jer. Mereka tak pernah tahu pasal pelaburan emas yang jauh lebih untung dari Tabung Haji. So, sesiapa dealer yang dapat nampakkan mereka pelaburan yang lebih menguntungkan, insyaAllah mereka tak akan teragak-agak untuk alihkan simpanan mereka kepada emas…



#2: Tak Perlu ‘Cari’ Customer


Saya tak ‘jual’ emas, tapi saya cuma berkongsi ilmu keuntungan simpan emas melalui blog, facebook dan masa jumpa dengan kawan-kawan. Alhamdulillah, Allah hantar customer membeli dari saya lebih RM1 juta dalam masa 6 bulan tanpa saya cari sendiri customer. Saya tak pernah call sesiapa untuk buat temujanji nak promote pasal emas tapi saya dapat banyak call daripada ramai orang yang nak tahu pasal emas.  Ada yang tanya ikut sms, email, blog, facebook, call dan ada yang mintak nak jumpa personally pun ada.


Ramai orang cuma tahu emas sebagai perhiasan semata-masa.

So, bisnes ni kita tak perlu cari customer macam bisnes lain. Asalkan kita ada MODAL dan ada ILMU pasal pelaburan emas, orang akan cari kita (insyaAllah) sebab:

Tak ramai orang ada MODAL besar untuk jadi dealer.

Kalau yang ada modal besar, tak ramai yang nak berniaga emas.

Kalau yang berniaga, tak ramai yang ada ILMU untuk bimbing orang lain melabur emas cara yang betul dan selamat. 

Yang ramainya cuma suruh orang beli, beli, dan beli! 

Bila nak suruh jual? (“,)



#3: Jual Untung, Tak Jual Pun Untung


Selain dari risiko emas tu hilang ataupun penipuan masa jual beli emas, bisnes ni boleh dikatakan tak ada risiko rugi. Stok emas yang kita ada tu, kalau orang tak beli pun tak risau sebab nilai emas sentiasa naik dan tak ada istilah stok rosak ataupun lapuk.

Kalau orang beli kita dapat komisyen, kalau orang tak beli nilai emas tu tetap akan naik. Belum pernah dengar lagi tokey emas jatuh bangkrap sebab berniaga emas. Pendek kata, jual untung, tak jual pun untung!
Selain dari emas, ada dua lagi bisnes yang kalau tak jual pun peniaga tetap dapat untung iaitu (1) jual beli hartanah dan (2) jual beli oil & gas.



#4: Jana Pendapatan Atas Harta Sedia Ada

Menurut Robert T.Kiyosaki, orang kaya jana pendapatan atas asset (harta) yang mereka ada. So, bisnes emas ni kita jana untung atas asset kita sedia ada. Maksudnya, kita dapat buat untung atas untung. Simpan emas kita untung, berniaga emas lagi untung. Dealer emas ni buat untung atas untung dengan cara;

Untung simpan emas
Nilai emas yang kita simpan tu sentiasa naik. Puratanya 10% – 20% setahun.

Untung rebat beli emas untuk simpanan sendiri.
Setiap kali beli emas, Public Gold akan bayar rebat 1% – 2% mengikut dealership level.

Untung jual emas kepada customer
Setiap kali jual emas kepada customer, kita dibayar komisyen 1% – 2%. Ini termasuk customer yang kita refer untuk beli direct daripada Public Gold.

Untung beli emas dari customer
Keuntungannya 4.5% – 8% sebab kita beli emas dari customer pada harga PG Buy, iaitu harga lepas tolak susut nilai (spread).

Untung jual emas kepada PG
Setiap kali jual balik emas kepada Public Gold, kita akan dibayar komisyen 0.5%.

Untung rekrut dealer
Setiap dealer yang kita rekrut, kita dibayar komisyen overiding sebanyak berbezaan tahap komisyen kita dan dealer bawah kita. 
Tahap komisyen 
(1) Normal Dealer 1%, 
(2) Priority Dealer 1.5%, 
(3) Master Dealer 2%.

dinar emas jongkong emas public goldSaya manfaatkan emas simpanan saya untuk jana keuntungan.

Yang paling best, semua keuntungan tu kita jana hanya menggunakan stok emas (harta) yang sedia ada tanpa berkurang sikit pun. Katakanlah modal beli emas RM20,000. Bila ada customer nak beli emas, jual emas tu dan replace stok baru dengan harga yang sama. So, kita untung atas komisyen.
Bila ada customer nak jual balik emas tu, pajak emas sedia ada untuk dapatkan modal dan beli emas dengan harga diskaun i.e “PG Buy” dari customer. Lepas tu cepat-cepat cari buyer, dan tebus balik emas yang kita pajak tu! Kita untung 5% – 6% hanya dengan satu urusniaga jer…
Mungkin dengan modal hanya RM20,000, anda boleh jana PENDAPATAN lebih RM2,000 (10%) sebulan! 12 bulan maksudnya anda untung RM24,000! Untung 120% setahun! Itu belum kita untung kenaikan harga emas yang anda ada…



#5: Harga Emas Turun, Untung Berganda!

Ini yang saya rasa paling seronok… Kalau tanya dealer-dealer otai lain, antara harga emas naik dan harga emas turun, yang mana lebih seronok? Saya pasti jawapannya ialah masa harga emas turun!… (“,)
Kenapa macam tu? Sebab bila harga turun, lebih ramai orang cari dealer untuk beli emas sampai takdan tangan. Pendek kata, bila harga emas turun, komisyen dealer akan naik berganda!… Itu belum kira untung gandakan keuntungan dengan teknik Ar-Rahnu bila emas jatuh!


#6: Jual Emas Sendiri Tanpa Susut Nilai

Yang terakhir, dealer emas yang ada ramai customer dapat jual emas tanpa susut nilai (spread). Katakanlah kita nak pakai duit, kita tak perlu jual kepada Public Gold pada harga “PG Buy” iaitu harga lepas tolak spread, tapi kita terus jual kepada customer pada harga “PG Sell”!
Maksudnya, kalau harga emas naik 20%, dealer untung bersih 20%! Tapi kalau pelabur biasa, mereka kena tolak spread 4.5% – 8% dari kenaikan sebenar harga emas.
Itulah dia 6 kelebihan jadi dealer emas yang aktif. Asalkan kita ada modal, ilmu, dan dapat BANTU orang lain melabur emas dengan cara yang betul, selamat dan menguntungkan, insyaAllah kita akan dapat nikmati 6 kelebihan yang saya kongsikan ni. Pokoknya ialah ada MODAL, ada ILMU…