Ahad, 24 Ogos 2014

HUKUM JUAL BELI EMAS SECARA ANSURAN

Isu penangguhan bayaran dan serahan barang ialah isu yang paling merisaukan pembeli emas untuk elakkan berlakunya riba. 

Dan isu ni memang merisaukan saya sejak hari pertama menjadi dealer emas Public Gold.

Bila saya meneliti, sebenarnya ada dua pendapat ulama’ tentang isu ini iaitu pendapat; 
(1) TAK MEMBENARKAN penangguhan, dan 
(2) MEMBENARKAN penangguhan

Sebelum saya mendapat penjelasan terperinci tentang pendapat kedua (membenarkan pengangguhan), saya berkeras dengan pendapat pertama dan menganggap mereka yang pakai pendapat kedua adalah salah! 

Itu disebabkan kejahilan saya… So, untuk bagi pencerahan tentang isu ini, di sini saya kongsikan ilmunya secara ringkas;

Pendapat #1 – Tak Membenarkan Penangguhan
Saya dah teliti Parameter Pelaburan Emas Majlis Fatwa Kebangsaan yang dikeluarkan pada bulan November 2011. 

Menurut majlis fatwa, emas pelaburan termasuk dalam kategori barang ribawi. Dan majlis fatwa berpendapat bahawa duit kertas (wang fiat) dikiaskan sebagai barang ribawi sebab fungsinya sama macam emas dan perak – sebagai medium pertukaran. 

Maka, pembayaran dan penyerahan barang perlu dilakukan on-the-spot, ataupun selewat-lewatnya dalam masa 3 hari.

Dalam konteks Public Gold, proses jual belinya melibatkan:
Lock harga / booking harga
PG keluarkan Sales Order
Bayaran melalui akaun bank
Makluman & mengesahkan bayaran
Ambil emas di cawangan PG

Apa yang saya faham, 
Sales Order tu adalah aqad JUAL, 
dan mengesahkan bayaran tu sebagai aqad BELI. 

Untuk pastikan urusniaga tak lebih 3 hari, saya syorkan anda contact dulu office Public Gold untuk mengesahkan stock di cawangan tersebut memang dah ready. 

Kalau dah ready, terus buat bayaran dan collect emas keesokan harinya. 
Maka tempoh bayaran & penyerahan barang berlaku dalam masa 3 hari dan ianya patuh syariah. 
Itulah yang saya buat dulu.

(Bagi yang pakai Pendapat #1, proses jual belinya agak memenatkan sebab kita terkejar-kejar untuk proses pembayaran dan pengambilan emas di cawangan PG)


Pendapat #2 – Membenarkan Penangguhan
Kekadang disebabkan beberapa kesulitan, kita tak dapat manage untuk pastikan tempoh pembayaran dan penyerahan emas berlaku dalam masa 3 hari. Selama 2 tahun saya jadi dealer, perkara ni selalu berlaku dan tak dapat dielakkan. 

Urusniaga melibatkan puluhan malahan ratusan ribu ringgit agak susah untuk pastikan ianya berlaku on-the-spot. 

Antara lain juga, ia disebabkan situasi berikut:
Stok di cawangan habis
Pembeli sedang outstation
Urusniaga dihujung minggu, PG tutup
Urusniaga telalu besar, pembayaran secara berperingkat
Pembeli tak sempat ambil emas pada hari bekerja

Dalam situasi macam ni, kita boleh berpegang pendapat kedua iaitu ulama yang berpendapat duit kertas bukan barang ribawi disebabkan pengeluaran duit kertas oleh mana-mana kerajaan di dunia tak lagi disandarkan kepada emas sejak 1971 (sila rujuk Fiat Money dan Nixon Shock di Wikipedia). Duit kertas sekarang ni memang tak ada kena mengena lagi dengan emas. 

Maka, penangguhan pembayaran dan penyerahan barang dibenarkan tak kira berapa hari sekalipun sebab duit kertas bukan barang ribawi. Pendapat kedua ini bahkan membenarkan emas & perak dibeli secara ansuran.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan