Ahad, 24 Ogos 2014

KELEBIHAN BISNES JUAL BELI EMAS

Ada ramai juga tanya macam mana nak buat bisnes emas, tapi saya cuma boleh syorkan bisnes emas ni bagi siapa yang ada MODAL besar. 

Pada asalnya, saya bukan nak berniaga emas. Saya jadi dealer sebab saya beli emas, bukan beli emas sebab nak jadi dealer. 

Daripada duit tu saya simpan di Tabung Haji yang untung cuma 5% setahun, lebih baik saya simpan emas yang untungnya 10% – 20% setahun!

Tapi bila saya ada ILMU pasal pelaburan emas, dan berkongsi dengan ramai kawan-kawan semata-mata untuk sebarkan ilmu secara personal, di blog dan di facebook, alhamdulillah, ramai orang datang nak beli emas melalui saya. So, nak tak nak, saya ‘terpaksa’ tolong orang lain melabur dalam emas a.k.a. berniaga emas. Dan sekarang, untung jual beli emas jauh melebihi untung simpan emas. Kalau untung simpan emas 20% setahun, untung jual beli emas lebih 20% sebulan! Alhamdulillah…

Apa yang saya nampak, ada 6 kelebihan bisnes emas ni iaitu;

Emas senang dijual

Tak perlu cari customer

Jual untung, tak jual pun untung

Jana pendapatan atas harta sedia ada

Harga emas turun, untung berganda!

Jual emas sendiri tanpa susut nilai (spread)




#1: Emas Senang Dijual


Emas ni memang senang dijual sebab ramai orang dah tahu emas tu bernilai. Asalkan kita dapat fahamkan orang keuntungan simpan emas disamping menyimpan di ASB, Tabung Haji ataupun unit trust, insyaAllah orang akan alihkan simpanan dan pelaburan mereka kepada emas.
Saya perhati, ramai orang yang kaya berduit hanya simpan duit mereka dalam Tabung Haji dan ASB jer. Mereka tak pernah tahu pasal pelaburan emas yang jauh lebih untung dari Tabung Haji. So, sesiapa dealer yang dapat nampakkan mereka pelaburan yang lebih menguntungkan, insyaAllah mereka tak akan teragak-agak untuk alihkan simpanan mereka kepada emas…



#2: Tak Perlu ‘Cari’ Customer


Saya tak ‘jual’ emas, tapi saya cuma berkongsi ilmu keuntungan simpan emas melalui blog, facebook dan masa jumpa dengan kawan-kawan. Alhamdulillah, Allah hantar customer membeli dari saya lebih RM1 juta dalam masa 6 bulan tanpa saya cari sendiri customer. Saya tak pernah call sesiapa untuk buat temujanji nak promote pasal emas tapi saya dapat banyak call daripada ramai orang yang nak tahu pasal emas.  Ada yang tanya ikut sms, email, blog, facebook, call dan ada yang mintak nak jumpa personally pun ada.


Ramai orang cuma tahu emas sebagai perhiasan semata-masa.

So, bisnes ni kita tak perlu cari customer macam bisnes lain. Asalkan kita ada MODAL dan ada ILMU pasal pelaburan emas, orang akan cari kita (insyaAllah) sebab:

Tak ramai orang ada MODAL besar untuk jadi dealer.

Kalau yang ada modal besar, tak ramai yang nak berniaga emas.

Kalau yang berniaga, tak ramai yang ada ILMU untuk bimbing orang lain melabur emas cara yang betul dan selamat. 

Yang ramainya cuma suruh orang beli, beli, dan beli! 

Bila nak suruh jual? (“,)



#3: Jual Untung, Tak Jual Pun Untung


Selain dari risiko emas tu hilang ataupun penipuan masa jual beli emas, bisnes ni boleh dikatakan tak ada risiko rugi. Stok emas yang kita ada tu, kalau orang tak beli pun tak risau sebab nilai emas sentiasa naik dan tak ada istilah stok rosak ataupun lapuk.

Kalau orang beli kita dapat komisyen, kalau orang tak beli nilai emas tu tetap akan naik. Belum pernah dengar lagi tokey emas jatuh bangkrap sebab berniaga emas. Pendek kata, jual untung, tak jual pun untung!
Selain dari emas, ada dua lagi bisnes yang kalau tak jual pun peniaga tetap dapat untung iaitu (1) jual beli hartanah dan (2) jual beli oil & gas.



#4: Jana Pendapatan Atas Harta Sedia Ada

Menurut Robert T.Kiyosaki, orang kaya jana pendapatan atas asset (harta) yang mereka ada. So, bisnes emas ni kita jana untung atas asset kita sedia ada. Maksudnya, kita dapat buat untung atas untung. Simpan emas kita untung, berniaga emas lagi untung. Dealer emas ni buat untung atas untung dengan cara;

Untung simpan emas
Nilai emas yang kita simpan tu sentiasa naik. Puratanya 10% – 20% setahun.

Untung rebat beli emas untuk simpanan sendiri.
Setiap kali beli emas, Public Gold akan bayar rebat 1% – 2% mengikut dealership level.

Untung jual emas kepada customer
Setiap kali jual emas kepada customer, kita dibayar komisyen 1% – 2%. Ini termasuk customer yang kita refer untuk beli direct daripada Public Gold.

Untung beli emas dari customer
Keuntungannya 4.5% – 8% sebab kita beli emas dari customer pada harga PG Buy, iaitu harga lepas tolak susut nilai (spread).

Untung jual emas kepada PG
Setiap kali jual balik emas kepada Public Gold, kita akan dibayar komisyen 0.5%.

Untung rekrut dealer
Setiap dealer yang kita rekrut, kita dibayar komisyen overiding sebanyak berbezaan tahap komisyen kita dan dealer bawah kita. 
Tahap komisyen 
(1) Normal Dealer 1%, 
(2) Priority Dealer 1.5%, 
(3) Master Dealer 2%.

dinar emas jongkong emas public goldSaya manfaatkan emas simpanan saya untuk jana keuntungan.

Yang paling best, semua keuntungan tu kita jana hanya menggunakan stok emas (harta) yang sedia ada tanpa berkurang sikit pun. Katakanlah modal beli emas RM20,000. Bila ada customer nak beli emas, jual emas tu dan replace stok baru dengan harga yang sama. So, kita untung atas komisyen.
Bila ada customer nak jual balik emas tu, pajak emas sedia ada untuk dapatkan modal dan beli emas dengan harga diskaun i.e “PG Buy” dari customer. Lepas tu cepat-cepat cari buyer, dan tebus balik emas yang kita pajak tu! Kita untung 5% – 6% hanya dengan satu urusniaga jer…
Mungkin dengan modal hanya RM20,000, anda boleh jana PENDAPATAN lebih RM2,000 (10%) sebulan! 12 bulan maksudnya anda untung RM24,000! Untung 120% setahun! Itu belum kita untung kenaikan harga emas yang anda ada…



#5: Harga Emas Turun, Untung Berganda!

Ini yang saya rasa paling seronok… Kalau tanya dealer-dealer otai lain, antara harga emas naik dan harga emas turun, yang mana lebih seronok? Saya pasti jawapannya ialah masa harga emas turun!… (“,)
Kenapa macam tu? Sebab bila harga turun, lebih ramai orang cari dealer untuk beli emas sampai takdan tangan. Pendek kata, bila harga emas turun, komisyen dealer akan naik berganda!… Itu belum kira untung gandakan keuntungan dengan teknik Ar-Rahnu bila emas jatuh!


#6: Jual Emas Sendiri Tanpa Susut Nilai

Yang terakhir, dealer emas yang ada ramai customer dapat jual emas tanpa susut nilai (spread). Katakanlah kita nak pakai duit, kita tak perlu jual kepada Public Gold pada harga “PG Buy” iaitu harga lepas tolak spread, tapi kita terus jual kepada customer pada harga “PG Sell”!
Maksudnya, kalau harga emas naik 20%, dealer untung bersih 20%! Tapi kalau pelabur biasa, mereka kena tolak spread 4.5% – 8% dari kenaikan sebenar harga emas.
Itulah dia 6 kelebihan jadi dealer emas yang aktif. Asalkan kita ada modal, ilmu, dan dapat BANTU orang lain melabur emas dengan cara yang betul, selamat dan menguntungkan, insyaAllah kita akan dapat nikmati 6 kelebihan yang saya kongsikan ni. Pokoknya ialah ada MODAL, ada ILMU…



Tiada ulasan:

Catat Ulasan